Webinar Atas Talian: Pelan Perniagaan Mini 2 (NADI Kidsventure Mei 2026)
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniAnjuran: NADI
Lokasi Penyertaan: NADI Kg. Braang Bayur
Tarikh: 16 Mei 2026
Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi
Bilangan Peserta: 1 orang kanak-kanak
Ringkasan Program:
Pada 16 Mei 2026, NADI Kg. Braang Bayur telah menyertai program Webinar Dalam Talian: Pelan Perniagaan Mini 2 di bawah inisiatif NADI Kidsventure 2026. Program ini disertai oleh seorang kanak-kanak yang berpeluang mempelajari konsep asas perniagaan serta langkah-langkah dalam membangunkan pelan perniagaan yang mudah dan praktikal.
Sepanjang webinar, peserta didedahkan kepada elemen penting dalam perancangan perniagaan seperti mengenal pasti produk atau perkhidmatan, sasaran pelanggan, strategi pemasaran, dan pengurusan kewangan asas.
Objektif Program:
Memberi pendedahan awal mengenai dunia keusahawanan kepada kanak-kanak.
Meningkatkan kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dalam merancang perniagaan.
Memupuk minat terhadap bidang keusahawanan dan literasi kewangan sejak usia muda.
Kesimpulan:
Program telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta memperoleh pengetahuan baharu berkaitan asas perniagaan serta meningkatkan pemahaman tentang proses merancang dan mengurus perniagaan secara sistematik.
Kelas: Robotic Innovation S2 (NADI TINY TECHIES)
Masa: 2.30 PM – 3.30 PM
Bilangan Peserta: 3 orang peserta
Ringkasan Program:
Pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif
Kelas: Python in Animation S2 (NADI TINY TECHIES)
4.00 PM – 5.00 PM
Bilangan Peserta: 3 orang peserta
Ringkasan Program:
Belajar asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah dan menyeronokkan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: